Pengenalan PPDa

Matlamat
Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah” 
  
Fungsi 
Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
 
Objektif
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut :
1.   Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol,inhalan,
      HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibubapa.
2.   Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya
      menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
3.   Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses
      bimbingan pemulihan sahsiah.
4.   Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan
      dadah, rokok, alkohol,inhalan dan HIV/ Aids.
5.   Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan
      penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
6.   Mengesan,membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV /Aids.
7.   Mewujudkan perhubungan dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
      PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah
      di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok,alkohol, inhalan dan HIV/Aids.

 
 Bidang-bidang tugas PPDa ialah:
  • Pendidikan Pencegahan Rokok
  • Pendidikan Pencegahan Alkohol
  • Pendidikan Pencegahan Inhalan
  • Pendidikan Pencegahan Dadah
  • Pendidikan Pencegahan HIV/Aids 
 
 Piagam Pelanggan
 
1.  Membantu pelajar yang secara tidak langsung terlibat dengan dadah.
2.  Memastikan  setiap pelajar didedahkan dengan maklumat tentang bahayanya najis dadah.
3.  Memberi bimbingan secara individu atau secara kelompok kepada pelajar yang datang ke bilik PPDa.
4.  Menyebarkan maklumat tentang bahayanya pengambilan dadah yang ditegah.