LATAR BELAKANG SMK LOKMAN HAKIM
SMKLH dibina pada tahun 1986 meliputi kawasan seluas 4 hektar dan pembinaannya yang siap pada pertengahan tahun 1987.Jarak sekolah dari bandar Kota Tinggi adalah lebih kurang 48 km manakala jarak dari bandaraya Johor Bahru pula lebih kurang 100 km. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Lok Heng bersempena nama kawasan perkampungan Felda Lok Heng. Walau bagaimanapun ia ditukar kepada Sekolah Menengah Lok Heng berikutan penubuhan tingkatan 4 Sastera.
Namun pada Jun 1999 pihak sekolah mengambil keputusan menggantikan nama Lok Heng kepada Lokman Hakim dan kini sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim. Nama ini diambil sempena nama seorang tokoh Islam yang terkenal dengan ilmu pengetahuannya yang tinggi serta budi pekerti yang mulia telah diberikan hikmat dan 'faslul khitab' oleh Allah S.W.T. Ia bertepatan dengan ciri-ciri dan perwatakan sekolah ini yang menitikberatkan penghayatan Islam. Peringkat permulaan SMKLH tergolong dalam gred B tetapi mulai 1994 telah dinaikkan taraf ke gred A berikutan pertambahan pelajar dan kemajuan dari segi akademik dan kokurikulum. Sementara itu, tingkatan 4 sains mula diperkenalkan pada sesi 1992/1993. Bermula pada 1993/1994 sistem persekolahan dua sesi telah dilaksanakan.
____________________________________________________________________________
Pengetua
Sehingga tahun 2011 sekolah ini telah ditadbir oleh 13 orang pengetua yang berwibawa bermula dengan En Ramli bin Mohd Ali iaitu pada tahun 1988 hingga 1991, diikuti oleh En Abd Ghani bin Ibrahim pada tahun 1992, En Ismail bin Ibrahim pada tahun 1992 hingga 1993, Tn Hj Kamisan bin Saidin pada tahun 1993 hingga 1995,dan En Muhammad bin Salleh yang memangku jawatan pengetua dari tahun 1995 hingga 1996. Teraju sekolah ini berpindah tangan kepada Tn Hj Zainuddin bin Mohd Daud pada tahun 1996 hingga 1997, diikuti oleh Tn Hj Mohamad bin Hj Tahir pada tahun 1997 hingga 1998, dan Tn Hj Shuib bin Dirwan pada tahun 1999 hingga tahun 2000. Legasi pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim diteruskan lagi oleh Pn Hjh Hamidah binti Ibrahim yang menjadi pengetua dari tahun 2000 hingga 2004, diikuti oleh Tn Hj Rahmad bin Ahmad dari tahun 2004 hingga 2007, dan Pn Hjh Ramlah binti Jaapar dari tahun 2007 hingga 2010 . Bermula pada 1. 9. 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim telah diterajui oleh En Samion bin Kassim sehingga 1.8. 2011 dan Pn. Hjh. Rusidah Bt Saian bermula 1. 8. 2011 sehingga ke hari ini.